
Kosmo memetik jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak sebagai berkata, mayat mangsa berusia 51 tahun itu ditemui terapung dengan bentuk fizikal sempurna pada radius 1km dari tempat dia disambar buaya pada 9.53 pagi Sabtu.
Mangsa dilaporkan memancing bersama menantu dan birasnya di Sungai Patarikan kira-kira 5.30 petang Jumaat lalu, sebelum disambar buaya.
Operasi SAR melibatkan pasukan bomba, polis serta penduduk Kampung Patarikan digerakkan bagi mengesan mangsa.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram