HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pelan jangka pendek bekalan air, Sabah bakal terima RM320 juta, kata Hajiji

-

Ketua menteri Sabah berkata dana itu bagi melaksana 20 projek bekalan air.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Hajiji Noor (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pertemuan di Putrajaya. Turut kelihatan, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob. (Gambar Hajiji Noor)

KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah yakin bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan akan membantu mempercepat pelan jangka pendeknya dalam menangani krisis air di negeri itu.

Ketua Menteri Hajiji Noor, berkata bantuan kewangan RM320.25 juta itu merangkumi pelaksanaan enam program yang terdiri daripada 20 projek di seluruh negeri termasuk sembilan bagi daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu, dan Sandakan.

“Projek terbabit dijangka memakan masa antara enam hingga 12 bulan untuk disiapkan,” menurutnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya dan memberi taklimat mengenai pelan Sabah bagi menangani masalah bekalan air di negeri itu.

Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri III Shahelmy Yahya yang juga menteri kerja raya Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong.

Turut hadir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Ali serta Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali selain ketua jabatan dan agensi berkaitan.

Hajiji turut memaklumkan beliau berkongsi pelan jangka panjang kerajaan Sabah berkaitan bekalan air berimpak tinggi termasuk projek dua empangan di Papar dan Ulu Padas, Sipitang.

Katanya, perdana menteri mahu pasukan khas yang terdiri daripada menteri di peringkat negeri dan persekutuan ditubuhkan segera bagi mencari pendekatan holistik dan kaedah terbaik dalam merealisasikannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.