
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata bagaimanapun perkara-perkara yang dibincangkan oleh JKPK tidak boleh melibatkan perkara yang telah, sedang atau akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
“Terma rujukan yang lebih luas merangkumi penglibatan ke semua kementerian dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkuasa membuat keputusan sekiranya terdapat pertikaian terutama berkaitan saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan dan berkaitan prosedur perjalanan mesyuarat JKPK.
“Penambahbaikan kepada JKPK Parlimen Ke-15 yang saya luluskan ini adalah salah satu daripada langkah reformasi institusi Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang serta institusi ulung yang terhormat,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Johari juga berharap JKPK Parlimen Ke-15 ini akan menjalankan peranannya sebagai mekanisme semak dan imbang yang efektif dalam menangani isu-isu akar rakyat dan negara.
Beliau juga mengumumkan 10 pengerusi JKPK.
Antara Ahli-ahli Parlimen yang telah terpilih untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut adalah Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang dilantik menjadi Pengerusi JKPK Kewangan dan Ekonomi.
Sembilan lagi yang dilantik:
- Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) Pengerusi JKPK Kesihatan.
- Cha Kee Chin (PH-Rasah) Pengerusi JKPK Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian
- Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) Pengerusi JKPK Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi.
- Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) Pengerusi JKPK Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia
- Yeo Bee Yin (PH-Puchong) Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.
- Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) Pengerusi JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.
- Jonathan Yasin (GRS-Ranau) Pengerusi JKPK Keselamatan.
- Wong Chen (PH-Subang) JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa.
- William Leong Jee Keen (PH-Selayang) Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.
Dalam pada itu, Johari berkata untuk mempertingkatkan kualiti perbahasan Parlimen, semua Jawatankuasa Pilihan Khas akan disokong oleh sebuah sekretariat yang terdiri daripada Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas dan Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.
Katanya, ini termasuk pegawai penyelidik yang dilantik dan dipertanggungjawabkan bagi setiap JKPK.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram