HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kerajaan wujud program TVET khas wanita

-

Program akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia, milik penuh Risda, kata Zahid Hamidi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, beliau telah menguruskan pengambilan seramai 15,000 wanita untuk menyertai program TVET khas wanita. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Kerajaan akan mewujudkan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) khusus untuk wanita, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Katanya, program berkenaan, yang disarankan oleh Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad, akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia milik penuh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

“Saya telah uruskan pengambilan seramai 15,000 wanita untuk masuk dalam TVET khas wanita ini,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Berhubung isu perumahan belia yang dibangkitkan Pemuda Umno pada perhimpunan agung sayap itu Khamis lepas, Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, kerajaan telah meluluskan rumah transit Madani, bawah skim perumahan transit belia seluruh negara.

Mengenai isu kebankrapan peminjam pendidikan Mara, Zahid berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki menghalusi perkara itu bagi meringankan beban peminjam dan membela nasib mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.