
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, mangsa Jaafar Yusof, 69, baru selesai mengisi minyak di stesen itu sebelum tertekan pedal minyak ketika memasuki gear D.
“Ia menyebabkan kereta jenis Hyundai Sonata dipandunya terbabas dan melanggar kedai tersebut menyebabkan lima panel gelas kaca pecah.
“Manakala lelaki yang bekerja sebagai pesawah itu cedera ringan di kaki dan tiada kecederaan pada orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram