HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Jangan perkecil rakan komponen, PH Terengganu beritahu Umno

-

PKR dan Amanah boleh bantu kemenangan di kerusi menang dengan majoriti tipis pada pilihan raya lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Raja Bahrin mengulas kenyataan Ahmad Said yang meminta PKR Terengganu ‘ukur baju di badan sendiri’.

PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) Terengganu mengingatkan Umno negeri itu supaya tidak memperkecilkan kekuatan “rakan kerajaan perpaduan” dalam usaha bersamanya memenangi PRN akan datang, kata pengerusinya Raja Bahrin Shah.

Raja Bahrin mengakui Umno sememangnya telah lama bertapak di negeri itu berbanding gabungan PH dan Amanah, namun sokongan “parti baharu” itu mampu menjadi penentu kemenangan di lapan kerusi mencatat majoriti tipis pada pilihan raya lalu.

Beliau memberikan contoh antara lapan kerusi itu, DUN Ajil dimenangi PAS dengan majoriti empat undi manakala kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bukit Besi hanya dibezakan dengan 46 undi.

“Undi diperoleh PH lebih tinggi dari majoriti kemenangan Umno atau PAS, perlu diingat peranan parti gabungan lain tidak harus diperkecilkan.

“Parti ‘baru’ boleh membantu menjadi penentu ‘King Maker’ dalam situasi Terengganu yang lapan DUN majoriti menang begitu tipis jika penglibatan kami dihargai dan tidak direndahkan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan ketua Umno Terengganu Ahmad Said yang mengingatkan PKR supaya ‘ukur baju di badan sendiri’ susulan permintaan parti itu bertanding di banyak kerusi pada PRN.

Ahmad berkata, parti itu seharusnya melihat kekuatan jenteranya dan menerima hakikat pertarungan sebenar di Terengganu hanya membabitkan PAS dan Umno.

Beliau mengulas kenyataan ketua PKR Terengganu dan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad yang melahirkan keyakinan parti itu untuk menang di beberapa kerusi telah dikenal pasti di Terengganu antaranya DUN Bandar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.