HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PH, BN gabung bentuk jentera pilihan raya di N9

-

PH dan BN negeri berkata persetujuan untuk kerjasama itu dicapai ketika mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun lalu.

114
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
PH dan BN Negeri Sembilan juga akan melantik penyelaras setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama.

PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sepakat membentuk jentera pilihan raya bersama bagi menghadapi PRN di negeri itu tidak lama lagi.

Dalam kenyataan bersama oleh Setiausaha PH negeri Cha Kee Chin dan Setiausaha BN Hasim Rusdi, berkata persetujuan untuk kerjasama itu dicapai ketika mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun lalu.

“Kedua-dua gabungan bersetuju untuk memastikan kemenangan parti kerajaan perpaduan dalam PRN dan akan melantik penyelaras di setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama.

“PH dan BN juga akan memberikan komitmen secara menyeluruh kepada jentera semua parti dalam kerajaan perpaduan untuk memaksimakan kekuatan di semua 36 kerusi DUN,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, PH dan BN juga bersiap sedia di semua peringkat untuk mendapatkan restu sokongan dan mandat pengundi Negeri Sembilan bagi membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu.

Negeri Sembilan dijangka membubarkan DUN pada 30 Jun ini.

Pada PRU15, enam negeri melibatkan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.

Menurut laporan media sebelum ini, pemimpin keenam-enam negeri mencapai kata sepakat masa paling sesuai berbuat demikian ialah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun, bagi membolehkan PRN diadakan serentak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.