
Pua berkata, penyokong PH mesti membuktikan kepada pihak-pihak yang meragui gabungan itu bahawa “parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korup” boleh melakukan lebih baik “berbanding gabungan korup seperti Barisan Nasional, serta Umno dan Bersatu”.
Katanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi PH, mesti melengkapkan penggalnya “sebagai perdana menteri yang popular”, dan membuktikan bahawa pengkritik PH salah, semasa beliau masih berkuasa.
“Ambil peluang ini untuk tunjuk kepada rakyat, mereka yang meragui (PH) di luar sana, mereka yang tidak percaya kepada PH, yang tidak percaya kepada politik gabungan berbilang kaum.
“Buktikan kepada mereka bahawa parti berbilang kaum yang bersih dan tidak korup .. boleh buat lebih baik berbanding gabungan korup seperti Barisan Nasional, serta Umno dan Bersatu.
“Itu yang kita mahu buktikan sementara kita ada peluang selama lima tahun untuk tunjuk perbezaannya. Jika kita berjaya, saya yakin dalam masa empat tahun lagi, pada PRU, (PH) akan dapat sokongan lebih besar daripada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam kutipan dana DAP di Dewan Sivik MBPJ.
Reformasi terlaksana apabila PH berdiri sendiri
Pua turut berharap agar PH dapat membentuk kerajaan sendiri selepas PRU akan datang.
“Barulah kita dapat laksanakan reformasi dan perubahan yang kita mahukan bawah PH untuk manfaat rakyat. Itu sangat, sangat penting untuk kita semua,” katanya.
Beliau mengakui bahawa kerajaan perpaduan masih mempunyai janji yang belum ditunaikan dan matlamat yang belum tercapai, tetapi percaya setakat ini, prestasinya bagus.
Tambahnya, perubahan yang bermakna akan mengambil masa untuk berlaku di negara ini.
Bagaimanapun, kata Pua, faktor yang lebih penting adalah pentadbiran pimpinan Anwar rapuh kerana ia boleh tumbang jika beberapa parti dalam gabungan perpaduan memutuskan untuk meninggalkannya.
Beliau berkata, itulah sebabnya Anwar perlu memastikan kerajaan utuh dan menjadi tokoh popular dalam kalangan semua lapisan masyarakat di negara ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram