![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2023%2F03%2Fa4555f1b-8_noh_omar_fmt_moganraj_26032023.jpg&w=3840&q=75)
Beliau berkata demikian mengenai pentadbiran Muhyiddin dengan hadirin di ceramah Perikatan Nasional di perkarangan Pusat Konvensyen Ideal malam tadi.
“Saya percaya dan yakin ‘kerajaan perpaduan’ waktu Muhyiddin paling berjaya. Ketika itu bersama PN,” katanya, dalam ceramah yang diadakan selepas pelancaran jentera PN Selangor menjelang PRN tidak lama lagi.
Pentadbiran Muhyiddin terbentuk pada Mac 2020 selepas presiden Bersatu itu memperoleh sokongan daripada parti-parti yang membentuk PN, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, dan Parti Bersatu Sabah, menyusuli perletakan jawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ia memerintah sehinggalah Ogos 2021, apabila Umno menarik balik sokongan kepada beliau, di sebalik kontroversi berkait proklamasi darurat apabila Parlimen tidak bersidang.
Noh membidas Umno sebagai terdesak kerana bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
“Kalau Umno jadi penumpang, mana kehebatan BN? Justeru, hari ini PN mesti bangkit menggantikan BN,” katanya.
BN dan PH menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk suatu kerajaan campuran selepas tiada parti memperoleh bilangan kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram