HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PRN Kelantan: Husam, Nik Omar tiada dalam senarai cadangan calon

-

PH Kelantan mengutamakan muka baharu untuk dicalonkan pada PRN, berbanding mereka yang pernah bertanding, kata pengerusinya.

146
Shares
Total Views: 3,207
Free Malaysia Today
Pada PRU15, Husam Musa tewas di Pasir Mas manakala Nik Omar Nik turut menerima nasib sama di Pasir Salak.

PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) Kelantan tidak menyenaraikan bekas naib presiden Amanah Husam Musa dan anak bekas menteri besar Kelantan Nik Omar Nik Aziz, dalam senarai utama cadangan calon PRN.

Pengerusinya Muhammad Husin berkata ia selaras pendiriannya untuk mengutamakan muka baharu yang tidak bertanding kerusi Parlimen sebelum ini.

Pada PRU15, Husam tewas di Pasir Mas manakala Nik Omar turut menerima nasib sama di Pasir Salak.

“Setakat ini muka baharu akan diletakkan, yang pernah bertanding tak akan dicalonkan dalam PRN.

“Kecuali saat akhir diletak calon pernah bertanding di kerusi Parlimen, itu kita serah kepada pusat yang buat keputusan muktamad,”katanya kepada FMT.

PH akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk PRN kali ini dengan pengagihan kerusi dijangka dimuktamadkan hari ini.

Muhammad berkata, kesepakatan yang utuh antara BN dan PH dijangka memberikan saingan kepada PAS yang tidak akan mendapat laluan mudah di Kelantan sebagai kubu kuatnya.

“Tidak akan dapat laluan mudah untuk menang, setidaknya ada wakil pembangkang dalam DUN nanti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.