
Beliau berkata, tindakan tatatertib itu diambil selepas inspektor wanita itu, Sheila Sharon Steven Kumar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan jenayah iaitu dua mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 kanun sama.
“Perintah tahan kerja itu mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 dan telah pun disempurnakan. Sehubungan itu segala kuasa, hak, dan keistimewaan sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan pihak berkuasa tatatertib,” menurutnya dalam kenyataan.
Terdahulu, Sheila Sharon, 35, didakwa atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang pemuda serta satu tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas.
Dia mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 7 Ogos untuk sebutan semula kes.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram