HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Carilah kerusi lain, Gombak Setia sinonim dengan PKR, Umno diberitahu

-

Pemimpin PH mencadangkan BN bertanding di kerusi seperti Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
BN dikatakan mengintai kerusi DUN Gombak Setia yang dimenangi PH pada PRU14 sebelum ‘dilarikan’ ke Bersatu.

PETALING JAYA:
Umno digesa memberi laluan kepada PKR di Gombak Setia yang menyandang kerusi itu sebelum “dilarikan”, selain sinonim sebagai kubu kuatnya, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Gombak Zainol Abidin Mohamed.

Zainol berkata, pihaknya difahamkan Umno sedang mengintai kerusi Gombak Setia yang pada PRU14 dimenangi Hilman Idham, sebelum beliau menyertai Bersatu dalam episod “Langkah Sheraton” pada 2020.

Difahamkan, nama Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin disebut-sebut bertanding di kerusi itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama dengan PH untuk PRN kali ini.

Beliau yang juga ketua Umno Gombak tewas di DUN Gombak Setia pada PRU14 dengan majoriti 12,399 undi.

“Asasnya kita menang kerusi di Gombak Setia jadi pada pendapat saya, elok untuk memastikan kestabilan itu diteruskan di Selangor.

“Mungkin Umno/BN boleh intai kerusi lain macam Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa tetapi biarlah kerusi Gombak Setia yang sinonim dengan kubu PKR dikekalkan pada PKR,” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata DUN Gombak Setia dan Kota Damansara, antara kerusi masih dibincangkan antara PH dan BN yang bakal diputuskan pucuk pimpinan parti.

Mengulas lanjut, beliau memahami DUN Gombak Setia mungkin menjadi pilihan BN kerana ia boleh dikatakan kerusi selamat, namun kedudukan PKR sebagai tunjang di Selangor harus diakui.

“Saya tak nampak ada masalah pengagihan, tapi mana-mana parti politik berbeza saya nampak kita baru dalam gabungan, jadi dia nak kerusi, dia nak kerusi tu biasalah dalam proses mana-mana parti politik.

“Tetapi tak sampai peringkat berbalah, bergaduh dan tidak menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan, tuntut itu biasalah mana-mana parti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.