
Beliau berkata, antara cabaran dihadapi jemaah haji tahun ini ialah cuaca panas menjangkau 38 hingga 48 darjah celsius, dan jumlah jemaah mencecah hampir dua juta orang mengerjakan haji di Tanah Suci.
Katanya, beliau bersyukur apabila kumpulan jemaah haji Malaysia mendapat pengiktirafan Arab Saudi sebagai jemaah haji berdisiplin dan mempunyai sikap baik selain berilmu.
“Kerajaan Arab Saudi juga sekali lagi mengiktiraf Tabung Haji (TH) apabila TH menerima Anugerah Labbaitom bagi Kategori Kepuasan Tertinggi Dalam Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pejabat Urusan Haji, yang saya terima daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq Fawzan Al-Rabiah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui semasa menyambut kepulangan 350 jemaah haji Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Kumpulan jemaah haji itu tiba 9.55 malam menerusi penerbangan Saudia Airlines SV5610 yang berlepas dari Jeddah pada 8 pagi (waktu Arab Saudi).
Sementara itu, Na’im berkata 70 pesakit masih dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah dan Hospital Arab Saudi, manakala sembilan orang jemaah haji meninggal dunia di Tanah Suci setakat hari ini, dan beliau bersama pengurusan kanan TH mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga jemaah haji yang meninggal dunia.
Katanya, pihak TH akan mengadakan mesyuarat penutupan dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan pada Musim Haji tahun ini.
Beliau berkata antara isu yang akan dibincangkan ialah masalah berkaitan kemudahan di Mina, selain maklum balas diterima daripada jemaah haji, yang akan turut dibawa ke meja perbincangan.
Sebanyak 98 penerbangan menggunakan pesawat Saudia dan AMAL by Malaysia Airlines akan membawa pulang semua jemaah dan petugas haji secara berperingkat.
Penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 31 Julai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdul Aziz di Madinah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram