
Mahathir berkata, kerajaan masih dibelenggu oleh keadaan politik yang “tidak tentu arah”, dan beliau memberikan amaran tentang kerosakan yang tidak dapat dipulihkan sekiranya keadaan ini berterusan.
“(Anwar) dapat enam bulan (pegang kuasa), apa dia buat?” soalnya dalam episod audio siar Tiber.
“Keadaan mata wang jatuh, inflasi masih berterusan, ekonomi tak dapat dipulihkan … apa kejayaan (Anwar)?”
Beliau juga mendakwa mendapat aduan daripada penjawat awam bahawa mereka “tiada kerja” kerana tidak mendapat sebarang arahan daripada menteri.
“Menteri tak bagi ‘directive’ apa pun, (kakitangan) makan angin, (itu) saya dengarlah,” katanya.
Awal hari ini, Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pada separuh pertama tahun ini, negara mencatatkan pelaburan bernilai RM1.7 bilion.
Katanya lagi, pertumbuhan ekonomi negara mengatasi Singapura, China, dan Indonesia pada tahap 5.6%, manakala inflasi bulanan rendah pada 2.8%.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram