HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Menteri, bekas MB calon N9 bagi ‘markah’ lebih, kata BN

-

Umno Negeri Sembilan mempunyai simpanan calon berkemampuan yang ramai dan parti membuat pilihan dalam kalangan terbaik untuk memastikan BN menyapu bersih 17 kerusi ditandingi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dicalonkan di Rantau manakala Jalaluddin Alias di Pertang. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata tindakan meletakkan menteri dan bekas menteri besar sebagai calon di negeri itu tidak bermaksud parti ketandusan pemimpin, sebaliknya sebagai strategi “mendapatkan markah lebih” pada PRN 12 Ogos ini.

Merujuk keputusan meletakkan Menteri Pertahanan Mohamad Hasan untuk mempertahankan DUN Rantau, Jalaluddin berkata perkara itu bukan isu besar dan tidak bermakna BN ketandusan pemimpin pelapis untuk diketengahkan.

Ahli Parlimen Jelebu itu berkata, Umno Negeri Sembilan mempunyai simpanan calon berkemampuan yang ramai dan parti membuat pilihan dalam kalangan terbaik untuk memastikan BN menyapu bersih 17 kerusi ditandinginya.

“Saya tidak nampak sebarang isu atau penolakan apabila ada menteri turun sebagai calon bertanding dalam PRN.

“Kemungkinan pendekatan kita lakukan ini akan bagi markah lebih kepada BN Negeri Sembilan,” katanya kepada FMT selepas pengumuman calon BN PRN enam negeri di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

BN Negeri Sembilan yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRN bertanding di 17 kerusi daripada 36 DUN.

Mohamad yang juga bekas menteri besar dicalonkan di Rantau manakala Jalaluddin bertanding di Pertang.

Jalaluddin berkata, gabungan BN-PH akan mempertaruhkan rekod baik Negeri Sembilan untuk menarik sokongan pengundi dan paling penting membawa agenda kestabilan demi kemakmuran.

“Dulu apabila kita berbalah (antara BN-PH), kesannya amat ketara. Dan rakyat dah terima apakah khidmat sumbangan dibuat BN bertahun-tahun sebagai kerajaan di Negeri Sembilan dan mereka juga dah merasai apa yang kerajaan PH bagi semasa tempoh lima tahun lepas.

“Maka kedua-dua kemahiran dan kemampuan ini serta dasar dibawa PH dan BN digabungkan menjadi satu kerajaan perpaduan, saya yakin ia akan memberi kekuatan luar biasa selepas 12 Ogos nanti,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.