
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sean Edward Kenneth Quinn, 30, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu, di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.
Menurut Kosmo, pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga seorang pereka grafik itu didakwa menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Radzuan, 24, di sebuah kondominium di Jalan Damansara, Bukit Kiara di sini, 3 pagi pada 12 Julai.
Berikutan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan, manakala tertuduh diwakili peguam, Vivek Sukumaran.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 25 September depan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram