
Dalam pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, jumlah bayaran itu merangkumi pegawai dan kakitangan kontrak.
Selain itu, bantuan RM200 turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Kumpulan pesara itu juga dibayar bantuan itu pada tarikh sama.
“Bantuan khas penghargaan penjawat awam dan pesara kerajaan kerajaan tahun 2023 ini akan dibayar pada 10 Ogos 2023 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran,” kata pekeliling itu.
Pada 27 Jul, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas RM300 bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.
Beliau berkata, ia langkah sementara kerana Putrajaya sedang mengkaji pelarasan gaji penjawat awam.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram