
Zuraida Kamaruddin berkata, insiden itu yang menyaksikan Lau dihalang daripada masuk ke ceramah PAS, bukan seperti “digambarkan di media”.
“Saya berada di ceramah itu dan saya rasa terdapat salah faham,” katanya pada sidang media.
Zuraida yang baru-baru ini berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyertai Gerakan mendakwa PH mentafsirkan isu itu demi kepentingan mereka.
Sebelum ini, tular video yang mendakwa Lau “dihalau” dan diminta meninggalkan ceramah mega “PN Best” dianjurkan PAS di Sungai Dua, Selasa lalu.
Lau kemudian menafikan dihalau dan berkata beliau ke majlis berkenaan untuk bertemu Abdul Hadi Awang tetapi presiden PAS itu lewat dan beliau perlu segera beredar kerana ada majlis lain perlu dihadiri.
Bagaimanapun, hari ini Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memohon maaf kepada Lau dan menegaskan pucuk pimpinan tidak merestui perbuatan ahli parti itu.
Mengulas mengenai laporan akan menyertai Gerakan, Zuraida berkata beliau mahu memainkan peranan strategik dalam pilihan raya kali ini.
“Dua lagi parti dalam PN (PAS dan Bersatu) didominasi Melayu, jadi saya tak fikir mereka perlukan seorang lagi pemimpin Melayu seperti saya.
“Saya bukan ahli Gerakan tetapi saya adalah aktivis PN,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram