HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PN yang perjuang subsidi harga padi, kata Hamzah

-

Setiausaha agung PN berkata gabungan itu pernah membangkitkan soal harga subsidi dalam sidang Parlimen terdahulu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Hamzah Zainudin berkata pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim meningkatkan subsidi padi tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi. (Gambar Facebook)

JELEBU:
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin berkata gabungannya yang memperjuangkan peningkatan subsidi padi seperti diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semalam.

Bercakap pada sidang media selepas ceramah PN di Kuala Klawang, Hamzah mendakwa PN merupakan yang pertama membangkitkan soal subsidi menerusi Ahli Parlimen Sungai Besar Muslimin Yahya, dalam sidang Parlimen sebelum ini.

“Masa dia tidak sesuai, pada saya tidak mengapa kerana kita mahu membantu petani,” katanya.

“Mereka (petani) pun tahu siapa yang mereka mahu undi sebab perjuangan datang daripada kita, tidak semestinya dia umum dia dapat undi.”

Hamzah ketika mengulas lanjut berhubung pengumuman Anwar itu, berkata apa yang diumum tidak semestinya dapat diterjemahkan dalam undi pada PRN enam negeri.

Pada Selasa, Anwar umum peningkatan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan. Peningkatan kadar itu berkuatkuasa hari ini.

Anwar berkata, peningkatan berkenaan menjadikan pesawah boleh memperoleh sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan padi yang dikeluarkan, yang disifatkan “terbesar dalam sejarah”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.