
Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Butterworth selepas diugut oleh tujuh hingga lapan orang lelaki ketika beliau dan ejennya sedang membuat pemeriksaan peti undi di SK Sungai Nyior kira-kira 2.45 petang.
“Saya dan ejen dikepung, diugut, dimaki hamun semasa memeriksa peti undi dan juga di luar sekolah…ada seorang daripada mereka mencabar untuk bergaduh manakala seorang lagi mengugut saya dengan perkataan ‘kamu tunggu selepas esok’,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Asri Shafie ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
Satees yang merupakan penyandang DUN Bagan Dalam keluar DAP selepas tidak dicalonkan pada PRN kali ini.
Beliau kemudian bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang pokok, berdepan persaingan empat penjuru melibatkan K Kumaran (PH); K Jayamaran (Perikatan Nasional) dan S Rajasakanan daripada Penang Front Party (PFP).
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram