HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Tayang’ kertas undi, polis akan panggil Sanusi

-

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Sanusi disiasat mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sanusi Nor sebelum ini berkata beliau tiada niat menunjukkan kertas undi kepada wartawan sebelum mengundi. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR:
Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi untuk dirakam keterangan kerana mempamer kertas undi ketika mengundi pada PRN Sabtu lalu, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Razarudin berkata Sanusi akan dipanggil dalam masa terdekat dan beliau turut menegaskan siasatan terhadap Adun Jeneri itu akan dilakukan secara adil.

“Kita siasat apabila laporan dibuat dan beri peluang untuk pegawai polis melaksanakan siasatan terdahulu.

“Kami akan berlaku adil dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Tambah Razarudin, Sanusi disiasat mengikut Seksyen 5(1) dan 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen 5 berkait mengekalkan kerahsiaan pilihan raya manakala Seksyen 26 membabitkan pelbagai larangan ketika hari pengundian.

Terdahulu, media melaporkan Sanusi didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.

Adun Jeneri itu menayangkan kertas undi itu ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di Sik, Kedah.

Perbuatannya mengundang kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi .

Sanusi berkata beliau tiada niat dan secara tidak sengaja menayang kertas undi itu ketika mahu melayan permintaan wartawan untuk merakamkan gambar.

Beliau menang kerusi Jeniri apabila menewaskan calon Barisan Nasional Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Sanusi mengangkat sumpah jawatan menteri besar Kedah pada pagi semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.