HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Saya tak kenal Jho Low, Zeti beritahu perbicaraan Najib

-

Bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz nafi keluarganya kenal ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Zeti Aziz menyifatkaan dakwaan bahawa Low Taek Jho pernah berkunjung ke rumahnya untuk masak pasta bagi keluarganya ‘tidak munasabah dan mengarut’.

KUALA LUMPUR:
Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz nafi mengenali ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, secara peribadi.

Zeti dalam keterangannya bagi perbicaraan Najib Razak berkait 1MDB berkata dirinya dan ahli keluarganya tidak ada sebarang kaitan dengan Low, yang didakwa dalang di sebalik skandal 1MDB.

Ditanya oleh Shafee Abdullah selaku peguam yang mahu beliau menjawab dakwaan bahawa Low pernah berkunjung ke rumahnya untuk memasak pasta bagi keluarganya, Zeti berkata dakwaan itu “tidak munasabah dan mengarut. Ia tidak pernah berlaku.”

Shafee turut bertanya adakah Zeti pernah memaklumkan kepada perdana menteri ketika itu, Najib, bahawa Low suka beri hadiah, dan Zeti menerimanya tapi kemudian memulangkan barang itu.

“Saya tidak pernah menerima hadiah daripada sesiapa, termasuk Jho Low,” jawabnya.

Zeti juga berkata beliau tidak tahu sama ada Low graduan Sekolah Wharton di Universiti Pennsylvania, di mana suaminya, Tawfiq Ayman, belajar.

Dakwaan Leissner terhadap Tawfiq ‘tak betul’

Sementara itu, Zeti akui maklum tentang testimoni bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner dalam perbicaraan jenayah Roger Ng di New York, yang mendakwa Tawfiq menerima rasuah bagi memastikan USD1 bilion diremit ke Kuala Lumpur bagi pihak PetroSaudi International (PSI), berhubung projek usahasama membabitkan 1MDB dan PSI.

Zeti bagaimanapun bertegas dakwaan Leissner itu “tak betul”.

“Dia (Tawfiq) kata (dalam kenyataan media) tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya dan dia langsung tidak mengenali mereka,” katanya.

Zeti akui tidak keluarkan kenyataan media ketika itu kerana BNM dan dirinya dinasihatkan untuk tidak mengulas kes berkenaan.

Najib berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang yang didakwa berkait dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.