HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Adun Kota Lama tekad ‘balas budi’

-

Wakil tunggal PH di Kelantan Dr Hafidzah Mustakim berkata beliau tidak tertekan melaksanakan khidmatnya.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim, berkata beliau akan membawa program kerajaan perpaduan ke Kelantan sebagai isyarat negeri itu tidak dianaktirikan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan (PH) tekad “membalas budi” kepada rakyat kawasan itu sehingga terpilih sebagai wakil rakyat.

Hafidzah, satu-satunya wakil tunggal PH di Kelantan berkata, beliau tidak tertekan dalam melaksanakan amanah selepas kerusi berkenaan berjaya dirampas dari PAS pada PRN Sabtu lalu, dengan majoriti 202 undi.

“Insya-Allah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti, saya bersama rakan gabungan dari Adun Barisan Nasional (BN) Galas (Mohd Syahbuddin Hasyim) akan membawa suara rakyat dengan sebaik mungkin bagi memastikan kerajaan negeri dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah dengan baik.

“Pada masa sama, kami akan turut membawa program-program kerajaan perpaduan untuk memberi ‘isyarat’ Kelantan tidak pernah di anak tirikan,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas mengadakan “walkabout” di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Ketua Wanita Amanah Kelantan itu, berkata kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dan Timbalannya Zahid Hamidi telah memberikan pelbagai peruntukan kepada Kelantan antaranya melibatkan projek tebatan banjir, peruntukan untuk selesaikan masalah air, dan membantu orang miskin.

Katanya, komitmen itu memperlihatkan tiada amalan “pilih kasih” dan anak tiri dilakukan kerajaan perpaduan.

Mengulas mengenai isu di Pasar Siti Khadijah, Hafidzah berkata, beliau akan membawa semua permasalahan dihadapi peniaga seperti infrastruktur untuk dibangkitkan semasa sidang DUN nanti.

Katanya, Pasar Siti Khadijah merupakan mercu tanda di negeri ini, namun sayang apabila tidak ada banyak kemudahan yang boleh menarik lebih ramai orang untuk berkunjung ke kawasan berkenaan sekali gus merangsang perkembangan ekonomi di situ.

Pada PRN, Hafidzah menang dengan majoriti tipis 202 untuk menewaskan calon PAS Zamri Ismail, Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Tan Boon Kian.

Hafidzah memperoleh 9,691 undi sementara Zamri (9,489 undi), Izat Bukhary dan Boon Kian masing-masing 209 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.