
Beliau turut mencadangkan nama bekas menteri kewangan Johari Abdul Ghani, bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad untuk menganggotai semula barisan Kabinet.
Sng turut mencadangkan Khairy Jamaluddin dibawa masuk dalam barisan Jemaah Menteri dengan melantik bekas menteri kesihatan itu sebagai senator.
“Anggota Jemaah Menteri ketika ini masih baharu dalam pentadbiran kerajaan dan belum dapat menunjukkan perubahan ketara dalam perkara membabitkan dasar.
“Bagaimanapun, kerajaan ini tidak mempunyai kelebihan masa yang banyak. Rakyat makin terasa terhimpit dan tidak banyak dilakukan kerajaan untuk menangani masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Ahli Parlimen Julau itu juga meluahkan rasa bimbang dengan segelintir dalam kepimpinan kerajaan yang mengambil mudah kesabaran dan sokongan rakyat.
“Jangan lupa politik adalah dinamik dan sokongan pengundi boleh berubah bila-bila masa lihat sahaja keputusan PRN baru-baru ini,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram