
Menyifatkan Umno berada “di saat yang getir dan kritikal”, beliau berkata sehingga kini MKT belum lagi bersidang selepas hampir seminggu parti itu kalah teruk pada PRN 12 Ogos lalu.
“Akar umbi akan menjadi semakin resah jika kita di pimpinan parti mendiamkan diri dan tidak memberikan hala tuju yang jelas semasa krisis.
“Berada dalam sindrom penafian dan melengah-lengahkan masa supaya isu dilupa bukanlah pilihan yang baik untuk kita di kala ini,” kata ahli MKT Umno itu di Facebook.
Isham antara pemimpin Umno yang lantang mengkritik parti itu susulan prestasi buruk hanya memenangai 19 kerusi DUN daripada 108 ditandingi pada PRN enam negeri.
Beliau berkata, akar umbi perlu dilibatkan dalam perhimpunan khas dicadangkan itu kerana ia membabitkan keputusan penting parti.
“Kita berada dalam keadaan yang luar biasa. Keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa,” katanya.
Sebelum ini, Isham mendesak kepimpinan tertinggi membuat pertimbangan drastik khususnya kerjasama dengan DAP, selepas keputusan buruk direkodkan parti itu pada PRN.
Katanya, kerjasama dengan DAP menyebabkan akar umbi Umno yang sensitif terhadap parti itu kecewa dan marah, sehingga wujudnya kelompok enggan keluar mengundi dan menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai undi protes.
Menurutnya, kepimpinan parti perlu mempertimbangkan untuk hanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan, namun tidak melalui gelanggang pilihan raya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram