
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata ia bagi mengatasi masalah bekalan bahan mentah tersebut sekiranya terdapat faktor luar kawalan yang boleh menjejaskan bekalan seperti geopolitik, bencana dan sebagainya.
Beliau berkata buat masa ini, Malaysia hanya menerima bekalan dari Brazil sahaja berbanding dari Thailand dan India juga sebelum ini.
“Yang ada dalam negara ada gula (tapi gula proses), tetapi gula mentah bekalan kita adalah sepenuhnya dari negara luar.
“Kita memikirkan jangka masa panjang bagaimana penghasilan bekalan keperluan harian pengguna.
“Kita kena pastikan sekurang-kurangnya kalaupun SSL (tahap sara diri) itu tidaklah sepenuhnya tapi kita ada bekalan yang boleh dapat dalam negara,” katanya kepada pemberita di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang di sini.
Armizan berkata, langkah mengimport gula mentah sepenuhnya dari negara luar dibuat kerana kosnya lebih rendah berbanding dikeluarkan dalam negara.
Mengenai program Jualan Rahmah Mega, Armizan berkata inisiatif tersebut telah dijalankan di 1,229 lokasi seluruh negara dan memanfaatkan 2.1 juta pengguna.
Katanya, jumlah itu direkodkan dari Januari hingga 31 Julai lepas, dengan di Johor sahaja telah memanfaatkan 611,790 pengguna.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram