HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Nahas pesawat: Jenazah mangsa pertama diserah kepada waris

-

Jenazah penunggang p-panggilan Muhamad Hafiz Muhamad Salleh akan diuruskan Jais dan dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan, kata ketua polis Selangor.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh telah diserahkan kepada waris dan akan diuruskan Jais.

PETALING JAYA:
Jenazah mangsa nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, yang pertama dikenal pasti telah dituntut ahli keluarganya pada 9.30 pagi hari ini.

Harian Metro melaporkan jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 dibawa ke Masjid Al Rahimiah di Klang untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Kedah.

“Kita serahkan jenazah kepada waris iaitu bapa Allahyarham dan jenazah akan diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan pada sidang media di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Pihak polis juga akan mengaturkan perjalanan van jenazah, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Rahimiah untuk disolatkan sebelum ke Sungai Petani, Kedah seperti mana kehendak keluarga.”

Terdahulu dilaporkan waris dan keluarga Muhamad Hafiz, seorang penunggang p-panggilan, dilihat tiba di perkarangan Jabatan Forensik HTAR pada kira-kira 8.15 pagi tadi.

Khamis lepas, sebuah pesawat persendirian terhempas berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina, mengorbankan 10 mangsa, iaitu enam penumpang, dua kru, serta dua orang awam yang kebetulan melalui kawasan nahas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.