
“Nak siasat, siasatlah… ini sudah sembilan kali saya dipanggil. Selepas ini 10, 11 (kali)… tak apa, kita akan kira berapa kali dipanggil,”
“Saya nak cakap juga untuk bangsa saya,” katanya ketika berucap pada ceramah sempena PRK DUN Simpang Jeram, di Markas PAS Kawasan Bakri, menurut Berita Harian.
Hadir sama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan Presiden Gerakan Dominic Lau, serta calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya.
“Saya tahu apa yang diucapkan di sini akan dicatat pihak tertentu… saya kena panggil pula lagi. Kalau tanya kenapa cakap macam itu, jawapan saya senang saja… kalau salah dakwa di mahkamah. Selepas itu, bolehlah saya jawab di mahkamah,” katanya.
Sebelum ini, polis memaklumkan Mahathir disiasat kerana disyaki membuat kenyataan cenderung menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan dibuat berdasarkan kenyataan yang disiarkan sebuah portal berita pada 6 Jun lalu.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram