
Beliau berkata, ia berikutan Adun Meranti itu belum membuat permohonan maaf dalam tempoh ditetapkan seperti dituntut berhubung kenyataan melabel beliau dan Adun Galas daripada Barisan Nasional (BN) Mohd Syahbuddin Hashim menentang perjuangan Islam.
“Tempoh tujuh hari telah berlalu dan insya-Allah saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melaksanakan tindakan seterusnya, jadi kita tunggulah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu.
Sebelum ini, media melaporkan dua Adun di Kelantan memberi tempoh tujuh hari kepada Nassuruddin membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan mereka menolak perjuangan Islam.
Kedua-dua mereka mengarahkan peguam untuk menghantar notis tuntutan maaf tersebut kepada Nassuruddin dan tindakan memfailkan saman sivil di mahkamah akan dilakukan jika permohonan maaf berkenaan gagal dibuat.
Bagaimanapun, Nassuruddin berkata tiada keperluan untuk beliau memohon maaf berhubung perkara itu seperti dituntut dua Adun berkenaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram