
Katanya, ia merangkumi 4% daripada 200,000 MyKad yang dikeluarkan JPN setiap tahun.
“Antara alasan diberikan adalah salah letak MyKad. Kadang-kadang ada yang pergi bercuti tertinggal MyKad dan sebagainya,” katanya menurut Sinar Harian selepas Program Menyemai Kasih Rakyat di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, Terengganu.
Beliau berkata, denda sehingga RM1,000 boleh dikenakan kepada mereka yang kehilangan MyKad buat kali ketiga.
“Jaga MyKad sebaik mungkin dan sekiranya hilang, segera laporkan kepada polis. Dikhuatiri dokumen pengenalan diri yang hilang akan disalah guna individu tidak bertanggungjawab.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram