HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Keputusan permohonan Bersatu cabar SPRM beku akaun 30 Okt

-

Hakim berkata, keputusan akan diumumkan melalui prosiding dalam talian.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bersatu memfailkan permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM membekukan akaun banknya untuk siasatan pada 29 Mei lalu.

KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 30 Okt untuk keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman kedua Bersatu bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaunnya.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Bersatu, Rosli Dahlan dan Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili SPRM.

“Keputusan pada 9 pagi 30 Okt melalui prosiding dalam talian,” kata hakim.

Terdahulu, Rosli dalam hujahnya berkata, Bersatu sehingga kini tidak menerima apa-apa perintah sitaan, justeru ia ingin tahu mengapa tindakan (sita) itu diambil terhadap mereka.

“Sudah empat bulan sejak SPRM membuat pengumuman awam mengenai pembekuan itu. Dalam isu Bersatu, semua wang masuk ke dalam akaun parti dan tidak masuk ke akaun individu.”

Shamsul dalam hujah balasnya berkata, pengeluaran perintah penyitaan itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman dan aduan berkaitan akaun bank Bersatu yang dibekukan dan seterusnya disita dalam bidang kuasa mahkamah jenayah.

“Akaun bank Bersatu yang disita SPRM berhubung pertuduhan jenayah terhadap Presidennya, Muhyiddin Yassin.”

Pada 29 Mei lalu, Suhaimi Yahya, sebagai pegawai awam Bersatu memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM membekukan akaun banknya bagi siasatan.

Beliau menamakan Peguam Negara (ketika itu), Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebagai responden pertama dan kedua serta 20 individu lain sebagai responden ketiga hingga ke-22.

Bersatu mendakwa pada 19 April lepas, akaun bank CIMB dan AmBanknya disita tanpa sebarang perintah penyitaan dikeluarkan mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bersatu mendakwa SPRM mengeluarkan kenyataan pada 20 April bahawa dua akaun itu disita pada 11 April, tetapi tidak pernah memaklumkan kepada mereka mengenai tarikh itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.