HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

MP Lembah Pantai bayar bil penduduk alami gangguan bekalan air

-

Kira-kira 500 premis di Taman Bangsar mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung masalah gangguan bekalan air di Taman Bangsar. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan membayar bil air bulan September untuk 500 premis di Taman Bangsar yang mengalami gangguan bekalan akibat paip pecah.

Ahli Parlimennya Fahmi Fadzil berkata kerosakan disebabkan tekanan tinggi akibat kerja penggantian paip di Jalan Maarof itu mengakibatkan penduduk mengalami gangguan bekalan air lima kali berturut-turut.

Menurut Fahmi, pejabatnya ada memohon Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberikan rebat kepada 500 premis berdepan keadaan tidak selesa berpanjangan itu, namun tidak mendapat persetujuan.

“Oleh itu, pihak Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai akan bantu bayarkan bil bulan September untuk 500 buah rumah yang terjejas ini,” katanya di Facebook.

Fahmi yang juga menteri komunikasi dan digital turut meminta Air Selangor memantapkan komunikasi komuniti termasuk bekerjasama dengan Jabatan Penerangan dan majlis perwakilan penduduk untuk menyalurkan maklumat.

“Satu sesi temu rakyat akan diadakan tak lama lagi melibatkan Air Selangor, penyedia perkhidmatan utiliti lain, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendengar isu rakyat khususnya penduduk Bangsar,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.