
“Adakah perdana menteri akan menjawab? Tuan punya badan ada di sini dan dia buat ‘good’ tu, dia jawab lah. Esok.
“Insya-Allah, 2.30 petang ke, 3.30 petang,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, menjawab pertanyaan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bahru) sama ada Anwar akan menjawab soalan berhubung DNAA Zahid.
Mahkamah pada 4 Sept, melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.
Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.
Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen (JKPK) dijangka akan mengundang bekas peguam negara Idrus Harun dan penggantinya, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bulan depan, untuk mendengar penjelasan berhubung isu DNAA Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan kes Yayasan Akalbudi.
Anwar menegaskan beliau tidak campur tangan dan peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes berkenaan, di sebalik kritikan daripada wakil rakyat pemerintah dan pembangkang.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram