HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Ebit Lew buat laporan polis berhubung ‘fitnah melampau’

-

Dakwaan tersebut, yang disifatkan pendakwah itu sebagai ‘tidak berasas’, dibuat oleh seorang wanita Indonesia dalam episod audio siar.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ebit Lew membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, hari ini sejurus tiba dari Jeddah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Pendakwah Ebit Lew membuat laporan polis berhubung dakwaan yang menurutnya fitnah dibuat dalam sebuah episod audio siar kendalian seorang selebriti tempatan baru-baru ini.

Sejurus tiba dari Jeddah, Ebit membuat laporan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya berhubung “fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas” ke atas dirinya.

“Saya serahkan (kepada) pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan,” katanya di media sosial pagi ini.

“Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya.”

Laporan polis oleh beliau itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya, lapor Berita Harian.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia ketika kali pertama tiba di Malaysia tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.