HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Operasi besar-besaran JPJ sasar kenderaan perdagangan

-

Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ negeri bagi tindakan penguatkuasaan itu pada minggu depan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Aedy Fadli Ramli berkata tumpuan operasi itu terhadap lori muatan pasir. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori membawa muatan pasir bermula minggu depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), Aedy Fadli Ramli, berkata operasi khas itu dilaksanakan susulan kemalangan membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu lalu sehingga mengorbankan dua nyawa.

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebihan muatan yang melanggar undang-undang serta boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Operasi khas itu akan diketuai oleh pengarah-pengarah JPJ setiap negeri…Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasa turut diarah untuk memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap tentang operasi itu kepada Pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Awan Besar malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 10.15 pagi, Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh cedera selepas sebuah treler muatan batu pasir merempuh 14 kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

Beliau berkata, laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan berkaitan kemalangan itu dijangka akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya perincian laporan itu tidak boleh didedahkan dan siasatan mendalam berhubung kemalangan itu sedang dijalankan oleh JPJ selaras dengan arahan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

“Kami baru sahaja terima laporan itu daripada polis dalam minggu ini dan JPJ akan membuat siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.