
“Majikan kena naikkan gaji terlebih dahulu, kemudian tunjukkan bukti, baru kita boleh bayar. Bukannya kerajaan akan bagi insentif bulat-bulat.
“Insentif berbentuk tunai ini penting bagi menggalakkan majikan menyertai dasar ini, terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
“Insya Allah, oleh kerana peruntukan itu ditentukan kerajaan, maka ia dapat mengimbangkan beban kewangan kerajaan juga kerana ia akan dilaksanakan atas dasar ‘first come, first serve’,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bagi kementeriannya di Dewan Negara.
Inisiatif dasar gaji progresif itu diluluskan di peringkat Jemaah Menteri dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 bulan depan.
Rafizi berkata, mana-mana majikan yang memohon dan menepati syarat akan mendapat insentif itu, tetapi sekiranya kuota sudah penuh berdasarkan peruntukan diberikan kerajaan bagi tahun berkenaan, mereka boleh memohon semula tahun depan.
Katanya, dasar itu juga berkaitan produktiviti kerana pekerja diwajibkan menghadiri latihan peningkatan kemahiran diiktiraf kerajaan untuk kekal dalam daftar gaji progresif.
“Untuk kekal dalam daftar gaji progresif itu, mereka perlu memenuhi syarat latihan supaya bukan saja meningkatkan bakat dan kebolehpasaran mereka, malah membantu mereka meningkatkan produktiviti di tempat kerja.
“Itu akan mengimbangi keperluan gaji lebih baik kepada pekerja, tetapi juga untuk berlaku adil kepada majikan untuk mendapat manfaat daripada produktiviti lebih baik.”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram