HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sindiket Macau Scam: 43 warganegara Malaysia di Peru diselamatkan

-

Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada semua mangsa.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Wisma Putra berkata semua mangsa sudah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

PUTRAJAYA:
Seramai 43 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam diselamatkan polis Peru pada 7 Okt lalu.

Kementerian Luar (Wisma Putra) memetik Kedutaan Besar Malaysia di Lima memaklumkan, polis Peru menyerbu sebuah rumah di La Molina, Lima, di mana semua rakyat Malaysia itu dikenal pasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka dalam keadaan baik.

“Semua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada semua mangsa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung menerusi alamat Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Av. General Juan Antonio Pezet 1750, San Isidro, Lima, Peru atau hubungi talian (+51-1-422-0297, +51-1-441-1939 atau +51-1-441-0795) dan e-mel mwlima@kln.gov.my.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.