HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Wanita mengaku tak salah curi 2 jam Rolex suami

-

Peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya perlu menjaga dua anak masih bersekolah dan dalam proses bercerai dengan suaminya.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Mou Ei Leen @Eileen Mou dituduh mencuri seutas Rolex Sky Dweller dan seutas Rolex GMT Master-II 9 milik suaminya pada Januari 2021. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA:
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan mencuri dua jam tangan mewah milik suaminya dua tahun lalu.

Mou Ei Leen @Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Wanita dalam proses perceraian dengan suaminya dituduh mencuri seutas Rolex Sky Dweller dan seutas Rolex GMT Master-II 9 di rumah di Laluan Rapat Ria 3, Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan, menurut Harian Metro.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam menawarkan jaminan RM7,000, tetapi peguam Gurbachan Singh merayu jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira suri rumah itu perlu menjaga dua anak masih bersekolah.

Beliau berkata, anak guamnya kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga seorang pegawai polis dan mereka tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

Katanya, suami isteri itu masih tinggal bersama ketika kejadian berlaku.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 Nov ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.