
Tertuduh berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M Kunasundary, lapor Berita Harian.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 16 dan 17 tahun bagi tujuan seksual, di kolej terbabit antara Februari 2022 hingga September lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut akta sama yang membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya menawarkan jaminan RM60,000 bagi semua tuduhan berkenaan.
Beliau turut memohon syarat tambahan agar tertuduh melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa.
Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Nasrul Hadi Mat Saad memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM16,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga.
“Gaji anak guam tidak tinggi dan tiada sumber pendapatan lain,” katanya.
Kunasundary kemudian membenarkan jaminan RM20,000 bagi semua tuduhan dan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.
Beliau turut menetapkan 21 Dis ini untuk sebutan semula kes.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram