Tesla terbakar di Puchong

Tesla terbakar di Puchong

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemilik kereta difahamkan pergi makan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata Tesla itu terbakar 70%.
PETALING JAYA:
Sebuah kereta Tesla yang diletakkan di tepi jalan tiba-tiba terbakar di Puchong, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong digerakkan ke lokasi kejadian di Jalan Puchong Jaya selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.

Setibanya di lokasi, beliau berkata, kereta itu didapati terbakar 70% dan tiada orang di dalamnya.

“Kebakaran dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan,” katanya menurut Astro Awani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.