HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Jangan ‘tebuk kapal’ jatuh kerajaan PAS, Hadi ingatkan ahli

-

Presiden Hadi Awang berkata sekalipun ada kelemahan di negeri diperintah PAS, semua ahli perlu bersama memperbaikinya bukan mendedahkan kepada lawan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Hadi Awang ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS kali ke-69 di Shah Alam.

SHAH ALAM:
Presiden Hadi Awang mengingatkan ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan diperintah PAS.

Katanya, sekalipun ada kelemahan di negeri diperintah parti itu, semua ahli perlu bersama memperbaikinya bukan bertindak mendedahkan kepada lawan.

“Jangan ada kalangan ahli menjadi penebuk kapal. Kita kena pertahan (negeri) parti kita memerintah. Kelemahan kita tolong jangan dedah kepada lawan.

“Pemimpin cawangan, kawasan juga perlu bantu wakil rakyat Parlimen dan DUN yang menang, begitu juga kawasan wakil rakyat lemah perlu dibantu…ini penting untuk meneruskan kerajaan kita perintah,” katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS kali ke-69.

Sementara itu, Hadi berkata PAS tidak akan menjadi zalim atau mengamalkan sikap balas dendam selepas menjadi kerajaan dan ia dibuktikan di empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Bila kita jadi kerajaan jangan zalim, jangan balas dendam. Ini diajar Islam, nabi…kita sabar anggaplah itu pendidikan dalam perjuangan.

“Kita (PAS) mesti buktikan (tak zalim) di negeri kita perintah. Kita nak jadi kerajaan adil kepada semua rakyat, sama ada mereka yang menyokong dan membangkang kita,” katanya.

Sementara itu, Hadi mencabar kerajaan membanteras isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang sebenar.

“Ambil tindakan kepada mereka yang mencabar undang-undang syariah, fatwa, rasul, mencabar raja yang menjadi ketua agama dan mencabar umat Islam.

“Ini tak boleh dibiarkan, kita wajib bangkit menentang. Inilah 3R yang sebenar yang tidak boleh dicabar. Kita akan bertindak kepada mereka yang mencabar perkara ini, bagaimana kita nak bertindak tunggu dan lihat,” katanya memberi amaran PAS pernah menggerakkan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan tidak mustahil mengulanginya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.