
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang berusia 40-an itu ditahan di rumahnya di Bangsar awal pagi tadi.
Suspek yang juga pemegang saham dalam i-Serve Online Mall Sdn Bhd (i-Serve) akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur untuk tahanan reman, menurut Ramli.
“JSJK telah merampas 12 kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, lapan beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 barang kemas,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, siasatan diteruskan dengan fokus semakan dokumen penting dalam transaksi perniagaan i-Serve.
Bulan lepas, i-Serve, bersama enam syarikat berkaitannya, didenda oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana beroperasi tanpa lesen yang sesuai untuk menerima deposit. Goh juga merupakan salah seorang pemegang saham i-Serve.
Pada 17 Okt, Goh bersama dua ahli keluarganya ditahan reman bagi membantu siasatan. Dua ahli keluarganya dibebaskan pada Sabtu lepas dan Goh dijangka dibebaskan hari ini.
Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sabtu lepas dilaporkan bahawa polis sedang mengenal pasti aset milik Goh dan ahli keluarganya, termasuk akaun bank atau harta, dipercayai hasil kegiatan pengubahan wang haram.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram