
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Yoosuf menyeru pelabur i-serve tampil membuat laporan polis.
“Kes berkenaan masih dalam siasatan dan kita sedang mengenal pasti peranan keempat-empat suspek itu,” katanya menurut Harian Metro.
Semalam, Ramli dilaporkan berkata, lima individu direman bagi membantu siasatan ke atas pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline, Goh Hwan Hua.
Mereka direman antara sehari hingga empat hari. Empat daripadanya ditahan Khamis lalu, beberapa hari selepas penahanan seorang lelaki 40-an yang juga pemegang saham i-Serve.
Katanya, semua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram