HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Warga emas maut kereta dihempap pokok

-

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri menggunakan peralatan khas dan jentolak.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Keadaan kereta dan tempat kejadian di Kampung Bukit Payong dekat Pokok Sena. (Gambar JBPM)

ALOR SETAR:
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok dalam ribut di Kampung Bukit Payong dekat Pokok Sena.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena, Shahrin Musa berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.20 petang tadi.

Beliau berkata, anggota bomba mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Hyundai yang menyebabkan Ool Book Khak, 74, terperangkap dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan jentolak. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, kerja memotong pokok itu dilakukan menggunakan gergaji berantai dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 5 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.