HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tiada keperluan mendesak subsidi baja kepada pekebun sawit, kata menteri

-

Menteri Perladangan dan Komoditi Fadillah Yusof berkata harga baja ketika ini menunjukkan trend menurun di samping harga MSM yang kukuh.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bagi membantu pekebun kecil membeli input pertanian seperti baja, racun dan benih, MPOB meluluskan pinjaman RM983,000 kepada seramai 117 pekebun kecil sawit persendirian sehingga Ogos.

KUALA LUMPUR:
Tiada keperluan mendesak untuk kerajaan memberikan subsidi baja kepada pekebun kecil sawit, memandangkan harga baja kini dalam trend menurun.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Fadillah Yusof, berkata baja Nitrogen, Phosphorus, dan Potassium (NPK) turun sebanyak 24% pada September, berbanding peningkatan antara 15% hingga 35% tahun lalu.

“Harga urea juga turun 28% dan Muriate of Potash (MOP) juga susut 35% berbanding purata harga baja tahun lalu.

“Mengambil kira harga semasa minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh dan harga baja yang semakin menurun, keperluan kerajaan untuk memperuntukkan subsidi baja kepada pekebun kecil adalah kurang kritikal,” katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2024 peringkat dasar bagi kementerian di Dewan Rakyat.

“Bagaimanapun, kerajaan sentiasa memantau pergerakan harga MSM dan harga baja serta harga input pertanian yang lain bagi membantu mengurangkan kos kepada pekebun kecil pada masa depan.”

Semakan di laman sesawang Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), MSM didagangkan pada RM3,727/tan pada 27 Okt.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata bagi membantu pekebun kecil membeli input pertanian seperti baja, racun dan benih, MPOB meluluskan pinjaman sebanyak RM983,000 kepada seramai 117 pekebun kecil sawit persendirian sehingga Ogos.

Cukai luar jangka

Fadillah berkata, kerajaan prihatin terhadap rungutan sektor perladangan sawit mengenai cukai luar jangka (windfall tax), yang dinaikkan daripada RM2,500/tan kepada RM3,000/tan bagi Semenanjung, manakala daripada RM3,000/tan kepada RM3,500/tan bagi Sabah dan Sarawak berkuatkuasa 1 Jan 2022.

Justeru, menurutnya, kerajaan akan melaksanakan kajian lebih komprehensif mengenai percukaian dalam sektor sawit.

“Pada masa ini, KPK sedang dalam proses akhir ‘due diligence’ bagi melaksanakan kajian yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.”

Pada 15 Mac, Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) meminta kerajaan membatalkan semua jenis cukai yang tidak berlandaskan keuntungan jika mahu menyelamatkan industri kelapa sawit yang kini semakin tenat.

Beliau berkata, cukai tersebut menambah kos bagi pengusaha yang turut berdepan peningkatan kos pengeluaran.

Pengambilan pekerja asing

Fadillah berkata, hanya 5,159 orang atau 25% pekerja asing bagi sektor perladangan dibawa masuk setakat ini berbanding 20,970 kuota yang diluluskan menerusi Pelan
Kelonggaran Pengambilan Pekerja Asing (PKPPA) yang bermula sejak Januari lalu.

Justeri, beliau menggesa industri perladangan yang kekurangan pekerja menyegerakan proses pengambilan tenaga kerja asing bagi merancakkan semula sektor itu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, kerajaan juga menyedari pergantungan tinggi terhadap pekerja asing, dan sebagai penyelesaian, Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (Impac) ditubuhkan untuk melatih pekerja tempatan terutama belia untuk bekerja di sektor perladangan.

“Kerajaan juga menggalakkan pihak ladang untuk meningkatkan tahap mekanisasi dan automasi.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.