
“Jangan ketua Dewan Ulama PAS guna Harakah mengaitkan saya dengan Israel. Itu satu kenyataan biadab, melanggar tatasusila.
“Fitnah yang guna serban tidak sah dan saya bantah sekeras-kerasnya, kalau diulang saya akan ambil tindakan keras terhadap sesiapa berkata begitu. Yang ini saya sebut membina mahligai atas pusara orang mati,” katanya di Dewan Rakyat.
Anwar merujuk kepada laporan Harakah bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin?’, memetik kenyataan Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam laporan itu, Ahmad melahirkan kebimbangan kerajaan pimpinan Anwar kini dilihat seperti bersikap apologetik kepada perjuangan Palestin setelah mendakwa diugut pihak tertentu dan desakan oleh rakan-rakan parti komponen.
Beliau turut mendakwa kerajaan dilihat mula membengkokkan naratif utama terhadap perjuangan pembebasan Palestin hingga terperangkap mengikuti naratif Israel dan Barat.
Sementara itu, Anwar turut menyuarakan komitmen untuk membantu Palestin menerusi rundingan dan menghantar bantuan kemanusiaan.
“Kita (kerajaan) kerja setiap hari bawa (perjuangkan) kes ini, minta OIC adakan sidang bawa China, Rusia, Brazil, Iceland, Bolivia dan bincang dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, dengan Duta Netherlands dan minggu ini dengan naib presiden China,” katanya.
Berhubung perkara berasingan, Anwar menegaskan PKR tidak pernah menjadi ahli Liberal International (LI) sebaliknya hanya ahli bersekutu pada peringkat awal.
“Tetapi ada beberapa keputusan mereka termasuk iktiraf LGBT dan pendirian Israel, kita tidak menjadi ahli. Saya harap jangan dipolitikkan,” katanya.
Katanya, beliau pernah menghadiri Konvensyen LI di Kaherah, Mesir dan menyatakan pendirian tegas untuk menentang kezaliman dan membangkitkan perkara berkaitan Palestin yang disambut positif pemimpin dunia Islam.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram