HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Zahari Ahli Parlimen Bersatu ke-4 sokong Anwar

-

Zahari Kechik menyokong Anwar Ibrahim bagi memastikan proses memberi khidmat kepada rakyat tidak terganggu dalam mendapatkan peruntukan.

275
Shares
Total Views: 2,773
Free Malaysia Today
Zahari Kechik berkata walaupun menyokong Anwar Ibrahim beliau kekal setia sebagai Ahli Parlimen Bersatu. (Gambar Parlimen Malaysia)

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik menjadi wakil rakyat Bersatu keempat mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau membuat pengumuman menyokong Anwar bagi memastikan proses memberi khidmat kepada rakyat tidak terganggu dalam mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat.

“Saya bersedia berdepan dan menerima risiko daripada tindakan disiplin parti demi memastikan pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan daripada kerajaan pusat,” kata Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dalam kenyataan.

Pengumuman Zahari menyusuli tindakan sama diambil Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim.

Zahari berkata, walaupun menyokong kerajaan pimpinan Anwar bagi mendapatkan peruntukan untuk rakyat di kawasannya, beliau kekal setia sebagai Ahli Parlimen Bersatu.

“Saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar dan inisiatif yang kerajaan lakukan dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat. Sokongan saya ini berterusan sehingga PRU yang seterusnya,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mengumumkan parti itu menggantung keahlian Iskandar selama empat tahun, manakala Suhaili digantung enam tahun kerana menyokong Anwar.

Keputusan itu diambil selepas Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu mendapati mereka melanggar  perlembagaan parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.