HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Lagi mangsa runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia

-

Mangsa warga Indonesia berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia pagi tadi ketika dirawat di Kubang Kerian.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Mangsa sebelum ini parah beberapa bahagian badan selepas lapan jam terperangkap dalam runtuhan. (Gambar Bernama)

JERTIH:
Seorang lagi mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan restoran dalam pembinaan di Malee Beach Resort, Pulau Perhentian dekat sini pada Khamis lalu, meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali Bahul Jamil, 42, warganegara Indonesia, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan pada 2.14 pagi.

Ketua Polis Besut Abdul Rozak Muhammad, berkata punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.

“Mangsa ditemukan terperangkap di bawah runtuhan tersebut pada pukul 1.18 tengah hari, Khamis lepas selepas terperangkap kira-kira 8 jam, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu.

“Kematian Bahul menjadikan seramai dua daripada kesemua tujuh mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu meninggal dunia. Mangsa pertama yang maut dikenali Suparno, 40, ditemukan telah meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.