
Majistret Syed Farid Syed Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas P Manimaran, 23, yang beberapa kali teragak-agak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan, termasuk dalam bahasa Tamil.
Harian Metro melaporkan majistret turut mengarahkan tertuduh dipenjara 10 bulan, jika gagal bayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, pemandu jengkaut itu didapati melakukan sesuatu perbuatan dengan niat hendak menyebabkan dengan menggunakan bahan letupan, suatu letupan dari jenis yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan teruk pada harta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di simpang tiga Jalan Kuala Sawah-Ulu Sawah, Rantau, Seremban pada 3 petang 10 Nov lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum bawah seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, prosiding terpaksa ditangguhkan untuk memanggil jurubahasa Tamil kerana tertuduh terkejut mendengar hukuman boleh dijatuhkan terhadapnya, jika mengaku bersalah.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Redzuan Hakiim, memohon mahkamah mengenakan hukuman denda paling minimum kerana tertuduh berpendapatan RM1,500 sebulan dan mengaku bersalah.
Tetapi, Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang lain.
Media pada 13 Nov lalu melaporkan sekumpulan lelaki menyambut Deepavali dengan membakar mercun di jalan raya di Kuala Sawah yang menyebabkan mereka diburu polis selepas video tular menunjukkan mereka membakar mercun di persimpangan jalan sehingga menyebabkan trafik terhalang dari semua arah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram