HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tambah kuota naib presiden PKR dari Sabah, Sarawak, kata perwakilan

-

Ketika ini hanya ada satu pelantikan bagi jawatan itu untuk diisi ahli dari kedua-dua wilayah dan ia mengikut penggiliran.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Perwakilan Sarawak Khusyairy Pangkas berkata barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) harus melihat perkara itu supaya PKR dilihat berintegrasi antara wilayah dan negeri.

PUTRAJAYA:
PKR Sarawak mencadangkan parti itu meminda perlembagaan untuk menambah satu lagi kuota pelantikan jawatan naib presiden dari Sabah dan Sarawak.

Ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023, perwakilan Sarawak Khusyairy Pangkas berkata ketika ini hanya terdapat satu pelantikan bagi jawatan tersebut untuk diisi oleh ahli dari kedua-dua wilayah itu dan ia mengikut penggiliran.

Free Malaysia Today
Khusyairy Pangkas.

“Barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) harus melihat perkara ini supaya kita (PKR) dilihat berintegrasi antara wilayah dan negeri dalam parti kita sendiri. (Pertimbangkan) supaya lantikan Naib Presiden tidak bergilir antara Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kongres berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga presiden PKR.

Ketika ini, katanya jawatan naib presiden diwakili dari wilayah Sabah dan Sarawak diisi oleh Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.

Menurut Perlembagaan PKR, Fasal 21 mengenai komposisi MPP menggariskan bahawa terdapat tiga jawatan naib presiden dengan sekurang-kurangnya seorang dalam kalangan ahli PKR bagi Sabah atau Sarawak hendaklah dilantik oleh presiden.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.